Wednesday, May 6, 2009

Al-Qariah

Al-Qariah

Al-Maun

Al-Maun

Al-Asr

Al-Asr

Al-Fil

Al-Fil

Al-Humazah

Surah Humazah

Adan Menziarahi Orang Tua

Memberi Salam

Adab Menziarahi Rakan

Memberi salam

Adab Menghidang Makan Dan Minuman



Adab Ketika Menghidang Makan Dan Minuman

  1. Mengelap pinggan mangkuk sebelum digunakan
  2. Menggunakan pinggan mangkuk yang berkeadaan baik dan bersih
  3. Menyusun hidangan dengan kemas
  4. Menyediakan hidangan yang cukup
  5. Menyediakan keperluan yang cukup seperti air basuh tangan, tuala atau tisu

Adab Orang Yang Menghidang Makanan Dan Minuman

  1. Menutup aurat
  2. Menyegerakan penyediaan makanan
  3. Menyediakan makanan yang terbaik
  4. Menyediakan makanan yang mencukupi
  5. Tidak mengangkat makanan sehingga selesai makan
  6. Sentiasa ceria semasa menghidang makanan

Faedah Menghidang Makanan Dan Minuman

  1. Dirahmati Allah
  2. Dipandang mulia dan disayangi
  3. Dihindarkan penyakit
  4. Ketenteraman hidup
  5. Kemas dan teratur

Akibat Tidak Menghidang Makanan Dan Minuman Menurut Syariat Islam

  1. Menjatuhkan maruah
  2. Dipandang rendah dan dibenci
  3. Mendapat penyakit
  4. Kehidupan tidak terurus
  5. Tidak berdisiplin

ADAB MAKAN

Adab Makan Yang Baik


Makan hanya bila terasa lapar.

Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”
Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.

Tuesday, May 5, 2009

ADAB MELAYAN TETAMU

ADAB MELAYAN TETAMU

Siapakah tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.” Muttafaqun ‘Alaihi

Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita.

Apa ada terhadap tetamu?
Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;
1. Memberikan layanan yang baik
Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir. Ada juga di antara kita yang tidakmahu buka pintu pagar memberikan izin tetamu masuk dengan alas an, menyibuk sahaja. Jangan begitu, tapi berilah layanan yang paling baik yang termampu bagi kita.

2. Menyediakan jamuan yang termampu
Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada orang dating layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita. Itu yang dilarang dalam Islam. Ingat sediakan yang termampu, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis.
Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual, selepas itu jangan pula tetamu Tanya 10 patah perkataan, kita jawab 1 perkataan je. Tidak boleh sama sekali.

Kenapa Islam menggesa melayan tetamu?
Banyak kelebihannya, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita itu ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu.
Apa lagi yang diperoleh? Hubungan silaturrahim akan bertambah erat dan semakin kukuh. Lebih kenal-mengenali antara satu sama lain dan memudahkan urusan kerjasama antara satu sama lain. Bila kita susah, ramai yang akan membantu, bila kawan kita susah jangan buat tidak tahu. Salah di sisi Islam.

APA PULA PERANAN KITA SEBAGAI TETAMU?
Jagalah adab-adab berikut:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan dating pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba sahaja masuk tanpa dijemput oleh tuan rumah. Salah.

4. Elakkan rambang mata dalam rumah. Lihat jenama TV, jenama sofa, jenama peti ais, jenama kasut, hatta ada yang buka almari melihat jenama pakaian pun ada. Jangan buat begitu. Salah. Kalau ada niat nak melihat apa yang menarik di rumah yang kita ziarah tu, minta izin dahulu. Yang itu betul.

5. Makan makanan yang disediakan tanpa membuat ulasan yang tidak elok.

6. Jangan tunggu di hadapan pintu rumah, tapi berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding yang berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Tunggu dengan sabar, kerana kita adalah tetamu.
Ucapkanlah terima kasih dengan layanan tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang.

Ingatlah, adab melayan tetamu perlu dihayati agar hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

SUNAT MENZIARAHINYA SECARA BERSELANG HARI

MAKRUH JIKA TINGGAL TERLALU LAMA DAN MENYUSAHKAN SI PESAKIT SERTA KELUARGANYA

SUNAT DUDUK DEKAT DENGAN KEPALA SI PESAKIT

SUNAT MEMBACA DOA DAN MENGUCAPKAN KATA-KATA YANG DISENANGI OLEH SI PESAKIT

SUNAT MENGAMPUNKAN SETIAP KESALAHAN PESAKIT SEKIRANYA IA ADA MEMBUAT KESALAHAN DENGAN KITA

MEMBAWA APA-APA BUAH TANGAN YANG PATUT BAGI MERINGANKAN BEBANNYA DAN JUGA KELUARGANYA

ADAB MAKAN

ADAB MAKAN

MEMBACA BISMILLAH KETIKA MULA HENDAK MAKAN

MEMBERSIHKAN TANGAN MAKAN DAN MINUM MENGGUNAKAN TANGAN KANAN

MAKANLAH DENGAN PENUH PERASAAN TAWADDUK DAN JANGAN MAKAN DENGAN GAYA YANG ANGKUH

SUNAT MAKAN SECARA BERJEMAAH KERANA BANYAK KEBERKATAN YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA

MAKANLAH MAKANAN YANG ADA DIHADAPAN ANDA DAN JANGAN MENJANGKAU
MAKANAN YANG ADA PADA HIDANGAN YANG LAIN

JIKA MAKANAN YANGA ADA ITU SEDIKIT SEDANG TETAMUNYA TERLALU RAMAI MAKA JANGANLAH MAKAN SAMPAI TERLALU KENYANG

KETIKA MAKAN JANGAN TERLALU BANYAK BERCAKAP ATAU BERCAKAP MENGENAI HAL-HAL YANG BOLEH MENIMBULKAN RASA LOYA ATAU JIJIK

JIKA ADA BUTIRAN MAKANAN YANG JATUH MAKA KUTIPLAH IA SEMULA. MAKANAN ADALAH NIKMAT ALLAH MAKA MULIAKANLAH IA

SETELAH SELESAI MAKAN MAKA LICINKANLAH PINGGAN ANDA DAN JANGAN BIARKANNYA DENGAN SISA-SISA MAKANAN SETELAH ITU JILATLAH MAKANAN YANG MASIH MELEKAT PADA JARI-JARI ANDA

JIKA ANDA TERPAKSA MENINGGALKAN MAJLIS MAKAN TERLEBIH AWAL MAKA SEGERALAH MINTA KEUZURAN KERANA HAL TERSEBUT
SETELAH MAJLIS MAKAN ITU SELESAI MAKA UCAPKANLAH 'ALHAMDULILLAH' KEPADA TUHAN YANG TELAH MEMURAHKAN REZEKINYA KEPADA KITA

ADAB BERCAKAP

Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar

Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

Jangan bercakap secara berkumam mulut

Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

SELAMAT DATANG

PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 3 SEKOLAH KEBANGSAAN
AKHLAK ISLAMIAH
( ADAB DALAM KEHIDUPAN )